Salam!
Setiap
insan yang hidup di atas muka bumi ini pasti mengimpikan untuk memiliki
sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, tetapi apa yang sedihnya
tidak semua orang memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Di manakah
silapnya dan siapakah yang harus di persalahkan jika kita hidup di dalam
sebuah keluarga yang saling berantakan dan benci membenci antara satu
sama lain.
Setiap
individu itu sendiri perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan
"KELUARGA" dan "BAHAGIA" sebelum menyimpan impian untuk memiliki
kedua-duanya. Ada indivdu yang terlalu obses untuk memiliki sebuah
keluarga bahagia tetapi malangnya individu itu sendiri tida tahu apa itu
keluarga dan apa itu bahagia.
DEFINISI KELUARGA
Keluarga
berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti
"anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana
beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.
Keluarga
adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung karena hubungan
darah, hubungan perkawinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam
suatu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan didalam perannya
masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu
kebudayaan.(Menurut Salvicion dan Ara Celis).
Dari
pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahwa keluarga adalah : -
Unit terkecil dari masyarakat - Terdiri atas 2 orang atau lebih - Adanya
ikatan perkawinan atau pertalian darah - Hidup dalam satu rumah tangga -
Di bawah asuhan seseorang ketua rumah tangga - Berinteraksi diantara
sesama anggota keluarga - Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing - Diciptakan, mempertahankan suatu
kebudayaan.
APA ITU BAHAGIA?
Istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan.
Sebagai
contoh: Orang miskin akan mentakrifkan kebahagiaan itu berdasarkan
kekurungan yang ada pada dirinya yang ia terlalu ingin untuk milikinya
dari segi harta benda dan kemewahan,sedangkan orang kaya yang sudahpun
bermewah-mewah dalam kehidupan, kadang-kadang melihat bahawa kehidupan
simiskin lebih bahagia berbanding dirinya.
Jadi,
apakah yang mereka ingin nyatakan tentang takrif kebahagiaan itu
sebenarnya? Ini bermakna rasa bersyukur dengan kemewahan dan reda dengan
kemiskinan sahaja, masih belum cukup untuk mentafsirkan makna
kebahagiaan. Pendek kata kebahagiaan itu bukanlah apa yang dinilai oleh
nafsu yang suka kepada kehidupan serba mewah, bukan juga oleh jasmani
kita yang kadang-kala tertipu oleh kebuasan nafsu lalu hidup merana dan
menderita, bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal yang
memikirkan akan betapa patutnya menggapai cabang-cabang kebahagiaan yang
dianggapnya sebagai tempat yang paling patut untuk berpaut. Sekaligus
bukan pula takrif yang didendangkan oleh hati yang kadang-kadang berlaku
seperti pepatah Melayu : "Ikut hati mati, ikut rasa binasa".
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA
Al-Quran
menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk
dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT :
Maksudnya:
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
Ayat
tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan
balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari
kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh
ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW.
Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja.
Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja.
Demikian
juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah
mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani
hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh
penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di
dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini
sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan
hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di
akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan
kebahagaiaan hidup di akhirat semata-mata lalu memandang sepi
kebahagiaan hidup di dunia ini.
Tiada
yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan
penilaian manusia itu berbeza-beza tentang konsep bahagia itu, ada
hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan
masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah
SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan ‘maqam’
atau martabat masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan
ketakwaan.
Apabila
seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan
dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep
kebahagiaan yang dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam
taraf kemiskinan dari segi material. Tetapi mereka yang mempunyai
tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak akan menjadikan
material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu.
Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.
Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.
Hanya
mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang
merasa kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai
kebahagian yang hakiki. Al-Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat
Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang
ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran".
Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran".
Firman
Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 74, hadis yang baru disebutkan (di
atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan
peribadi mulia Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah
sebagai penjana keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan
sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat
Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam
erti-kata kebahagian yang hakiki.
KESIMPULAN
Keluarga
yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang
anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang
betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala
suasana "Keluarga Bahagia" yang menjadi idaman semua manusia adalah
matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba
dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti
kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang
dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita
huraikan sebentar tadi.
Namun
apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini
dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah;
kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan
yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya
sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di
tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti,
itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari
kebahagiaan hidup.
Tapi apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.
Tapi apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.
Mempertingkatkan
kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah
sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah
kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita
untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran
yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang
ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah
SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang
serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar